Rakyat Pahang Darul Makmur menzahirkan kegembiraan mereka sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 pasangan Diraja yang memayungi negeri itu.<br /><br />Mengakui Baginda berdua merupakan Sultan yang amat dekat dihati rakyat, mereka yang ditemui Astro AWANI turut mendoakan kebahagiaan berkekalan kepada pasangan Diraja itu.